Tuesday, 4 December 2012

Sejarah Search



ALBUM
§  ALBUM SOLO
1.    Magic (1994)
2.    Camouflage (1997)
3.    Aku (1999)
4.    Suatu Masa (2000)
5.    IKON - A Rockstar Chronicle (2006)

§  ALBUM SEARCH
1.    Cinta Buatan Malaysia (1985)
2.    Langit Dan Bumi (1986)
3.    Mentari Merah Di Ufuk Timur (1987)
4.    Di Pintu Sepi (1988)
5.    Berpaling (1988)
6.    Fenomena (1989)
7.    Search Live (1989)
8.    Karisma (1990)
9.    Sepuluh Tahun (1991)
10. Rampage (1992)
11. Double Trouble, bersama Wings (1992)
12. Terbaik (1994)
13. Gema Di Timur Jauh (1995)
14. Gema Di Timur Jauh "Unplugged" (1995)
15. Rock 'N' Roll Pie (1996)
16. Rock N' Roll Pie Live N' Loud (1997)
17. Double Trouble 2, bersama Wings (1998)
18. Rockestra (2001)
19. Gothik Malam Edan (2006)
20. Konsert Rock Search Evolusi 2004 (2007)
21. Live at Planet Hollywood (2007)
22. Double Trouble Concert SEARCH & WINGS (2010)

ANUGERAH
1.    Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album, album Magic, Anugerah Industri Muzik ke-2 (1995)
2.    Album Rock Terbaik, penerbit Amy, album Camouflage, Anugerah Industri Muzik ke-5 (1998)
3.    Album Rock Terbaik, penerbit Amy & M.Nasir, album Aku, Anugerah Industri Muzik ke-7 (2000)
4.    Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album, album Suatu Masa, Anugerah Industri Muzik ke-8 (2001)
5.    Juara Persembahan Terbaik, lagu Isabella, Anugerah Juara Lagu TV3 (1989)
6.    Anugerah Cakera Platinum Berkembar Tiga, album Karisma terjual melebihi 170,000 unit di Malaysia (1991)
7.    Album Terbaik, penerbit Search, album Gema Di Timur Jauh "Unplugged", Anugerah Industri Muzik ke-3 (1996)
8.    Album Rock Terbaik, penerbit Search, album Gema Di Timur Jauh, Anugerah Industri Muzik ke-3 (1996)

FILEM
1.    Kembara Seniman Jalanan (1986 / pelakon undangan)
2.    Rozana Cinta '87 (1987 / pelakon undangan)
3.    Sayang (1987 / pelakon utama)
4.    Kepala Angin (1987 / penyanyi latar)
5.    Fenomena (1990 / pelakon pembantu)
6.    Isabella (1990 / pelakon utama)
7.    Filem Rock (2005 / pelakon undangan)

Cuma Nak Share



Saya nak kongsikan satu video klip lagu Pelesit Kota daripada Search, one of the well known rock band di Malaysia. Search ditubuhkan pada tahun 1981. memang satu kumpulan otai lama dalam industri muzik tanah negara. pada mulanya ia ditubuhkan oleh Yazit (drum), Hillary Ang (gitar), Nasir (bass) dan Zainal (gitar dan penyanyai utama sebelum munculnya Amy ke dalam band ini).



apa yang menjadi kesukaaan aku tentang group ni ialah lirik lagu-lagu nya yang kebanyakannya mempunyai maksud yang mendalam dan sesetengahnya memang sesuai dengan kehidupan kita. kata orang, music of life. tak seperti band-band 'anak ikan' yang muncul pada tahun 90-an yang kebanyakannya bawa lagu-lagu jiwang sepenuhnya. asyik-asyik nyanyi bab2 cinta. dah bosan dah bro.. hehehe.

Lirik

Debu-debu melayang
Keras menyambar malam
Di tengah-tengah kota
Di bawah cakrawala

Berterbangan pelesit kota
Berterbangan unggas gila

Ketika bulan gersang
Bumi bergelontangan
Mencabar kehidupan
Tabiat jadi gila

Terkumpullah segalanya
Menjadikan pelesit kota

Bersembunyi di mana
Mungkin di celah-celah
Dedaunan dan debunga
Atau berada di saku manusia

Search Masih Kaw-Kaw














Antara lagu yang aku suka termasuklah Kejora, Seroja, Laila Namamu Teratas, Andai Ku Miliki Semalam, Nigina, Gadisku, Mentari Merah di Ufuk Timur, Fenomena, Isabella… ish banyak lagi lah… 
Tapi bila semakin meningkat dewasa dan sekarang ni dah pun berumur 22 tahun, minat aku terhadap Search sentiasa bermain di jiwa aku, walaupun search sekarang tidak lagi berkumandang di televisyen ataupun radio namun perasaan dan cinta terhadap Search akan tetap menjadi tugu dan kukuh di jiwa.
Tiga tahun dulu aku sempat dengar lagu-lagu Search dari album terbaru Gothik Malam Edan… lagu-lagu dalam album tu agak segar dan rancak dengan petikan gitar yang menyengat, tapi bagi aku masih ada sesuatu yang kurenggg berbanding Search yang pernah aku kagumi suatu ketika dulu. Mugkin kerana pemain band tersebut bukan ahli yang mana pernah menjadi gilaan rakyat Malaysia.
Apa pun, aku tetap mengagumi kewibawaan Search bukan semata-mata kerana aku membesar dengan lagu-lagu Search, tetapi kerana kemampuan band ini bertahan sehingga hari ni walaupun anggotanya bersilih ganti. Seperkara lagi, bagi aku Search adalah Amy dan Amy adalah Search…

SEARCH SUATU KETIKA DAHULU



Search Suatu Ketika Dahulu..

Kalau sebut pasal band rock kat Malaysia ni, tentunya Search menduduki senarai teratas selain Wings, Lefthanded dan May… Masa kecik-kecik dulu, memang Search menjadi band idola aku sampaikan hampir semua lagu-lagu group ni aku hafal.
Seingat aku masa Form 1 dulu, aku pernah menyanyi lagu Fantasia Bulan Madu kat depan kelas masa cikgu takde sebab pergi mesyuarat… terasa dahsyat lah masa tu!
Masa Form 5 pulak, aku pernah kantoi dengan cikgu kelas sebelah sebab menyanyi lagu Rozana, masa tu tinggal hanya beberapa minit lagi baru nak habis masa untuk balik, tengah tunggu loceng bunyi la katakan. Dalam time tu jugalah cikgu sebelah tu dengar aku menyanyi dengan kawan-kawan, so semua geng-geng aku pun kantoilahhh.. Kena tahan sambil menyanyi depan khalayak ramai lagi tu...PEHHH..!! Sadisss Jo... Tp enjoy la...Sweet Memories Kami...Hahaahahaha!!
Masa zaman sekolah, boleh dikatakan semua album Search dari Cinta Buatan Malaysia sampailah Rock N Roll Pie aku ada sebagai koleksi… tapi semua kaset tu entah  di mana sekarang.
Aku mempunyai banyak nostalgia dengan lagu-lagu Search ni… bila dengar balik lagu-lagu Search, dengan tak semena-mena akan mengimbau kembali kenangan ketika remaja…

My Idol Amy-Search


Album solo Amy yang pertama berjudul "Magic"
Latar belakang
Nama lahirSuhaimi bin Abdul Rahman
Juga dikenali sebagaiAmy Search
Berasal dariBendera Malaysia Malaysia
GenreHard rockBluesrock
PekerjaanPenyanyiPemuzik
Tahun aktif1980 - kini
Kegiatan berkaitKumpulan Search



SEJARAH
Pada mulanya, Suhaimi bin Abdul Rahman bekerja sebagai seorang seorang penala piano sebelum menyertai Kumpulan Search bagi menggantikan tempat Zainal sebagai penyanyi. Apabila Zainal meninggalkan Search, Amy menjadi penyanyi utama sebelum dia menarik diri dan meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi solo. Beliau mendirikan rumahtangga yang pertama bersama Faridah, (1983-1985), dan bercerai kemudian berkahwin pula dengan Noorliza Abdul Latiff, (1990-1994). Sekali lagi rumahtangga Amy dilanda krisis dan berpisah lalu Amy mengahwini Roslisa Ahmad, sekali lagi Amy dilanda ujian dalam rumahtangganya membuatkan mereka berpisah lagi hinggalah berjumpa dengan Norish yang berasal dari Singapura kekal hingga kini. Hasil perkahwinan Amy beliau telah dikurniakan 4 orang cahaya mata semuanya iaitu (Nabila Huda (1984), Irisha Myra (1997), Alexander Zulkarnain (2004) dan Sania Samara.

MENINGGALKAN KUMPULAN SEARCH

Kumpulan Search juga tidak lari dari mengalami perpecahan. Paling tidak dapat diterima oleh peminat setia mereka ialah pengunduran Amy sekitar tahun 1996 dari Kumpulan Search membuatkan ramai peminat mereka kecewa kerana waktu itu Kumpulan Search sudah bertapak lebih 10 tahun dalam industri muzik tempatan dan di antara kumpulan rock paling lama bertahan di Malaysia. Amy mengambil keputusan untuk meninggalkan Kumpulan search lalu menerbitkan album solo yang keduanya iaitu Camouflage. Sebelum Amy keluar Search beliau juga pernah merakamkan album solo yang pertama yang di beri judul Magic.


PENYATUAN SEMULA

Setelah beberapa tahun bergerak secara solo timbul pula hasrat Amy bersama Kumpulan Search untuk membuat penyatuan semula. Ekoran dari kejayaan Amy membuat penyatuan semula bersama Search maka ramai artis yang dulu berkumpulan membuat penyatuan semula bersama kumpulan asal mereka seperti Nash] bersama Kumpulan Lefthanded, Saleem bersama Kumpulan Iklim Awie bersama Kumpulan Wings, Mustaffa Din / Mus bersama Kumpulan May, Joeybersama Kumpulan Bumiputra Rockers, Mael bersama Kumpulan XPDC dan ramai lagi.