Search Suatu Ketika Dahulu..
Kalau sebut pasal band rock kat Malaysia ni, tentunya Search menduduki senarai teratas selain Wings, Lefthanded dan May… Masa kecik-kecik dulu, memang Search menjadi band idola aku sampaikan hampir semua lagu-lagu group ni aku hafal.
Seingat aku masa Form 1 dulu, aku pernah menyanyi lagu Fantasia Bulan Madu kat depan kelas masa cikgu takde sebab pergi mesyuarat… terasa dahsyat lah masa tu!
Masa Form 5 pulak, aku pernah kantoi dengan cikgu kelas sebelah sebab menyanyi lagu Rozana, masa tu tinggal hanya beberapa minit lagi baru nak habis masa untuk balik, tengah tunggu loceng bunyi la katakan. Dalam time tu jugalah cikgu sebelah tu dengar aku menyanyi dengan kawan-kawan, so semua geng-geng aku pun kantoilahhh.. Kena tahan sambil menyanyi depan khalayak ramai lagi tu...PEHHH..!! Sadisss Jo... Tp enjoy la...Sweet Memories Kami...Hahaahahaha!!
Masa zaman sekolah, boleh dikatakan semua album Search dari Cinta Buatan Malaysia sampailah Rock N Roll Pie aku ada sebagai koleksi… tapi semua kaset tu entah di mana sekarang.
Aku mempunyai banyak nostalgia dengan lagu-lagu Search ni… bila dengar balik lagu-lagu Search, dengan tak semena-mena akan mengimbau kembali kenangan ketika remaja…
No comments:
Post a Comment