Tuesday, 4 December 2012

Search Masih Kaw-Kaw














Antara lagu yang aku suka termasuklah Kejora, Seroja, Laila Namamu Teratas, Andai Ku Miliki Semalam, Nigina, Gadisku, Mentari Merah di Ufuk Timur, Fenomena, Isabella… ish banyak lagi lah… 
Tapi bila semakin meningkat dewasa dan sekarang ni dah pun berumur 22 tahun, minat aku terhadap Search sentiasa bermain di jiwa aku, walaupun search sekarang tidak lagi berkumandang di televisyen ataupun radio namun perasaan dan cinta terhadap Search akan tetap menjadi tugu dan kukuh di jiwa.
Tiga tahun dulu aku sempat dengar lagu-lagu Search dari album terbaru Gothik Malam Edan… lagu-lagu dalam album tu agak segar dan rancak dengan petikan gitar yang menyengat, tapi bagi aku masih ada sesuatu yang kurenggg berbanding Search yang pernah aku kagumi suatu ketika dulu. Mugkin kerana pemain band tersebut bukan ahli yang mana pernah menjadi gilaan rakyat Malaysia.
Apa pun, aku tetap mengagumi kewibawaan Search bukan semata-mata kerana aku membesar dengan lagu-lagu Search, tetapi kerana kemampuan band ini bertahan sehingga hari ni walaupun anggotanya bersilih ganti. Seperkara lagi, bagi aku Search adalah Amy dan Amy adalah Search…

No comments:

Post a Comment