![]() Album solo Amy yang pertama berjudul "Magic" | |
Latar belakang | |
---|---|
Nama lahir | Suhaimi bin Abdul Rahman |
Juga dikenali sebagai | Amy Search |
Berasal dari | ![]() |
Genre | Hard rock, Blues, rock |
Pekerjaan | Penyanyi, Pemuzik |
Tahun aktif | 1980 - kini |
Kegiatan berkait | Kumpulan Search |
SEJARAH
Pada mulanya, Suhaimi bin Abdul Rahman bekerja sebagai seorang
seorang penala piano sebelum menyertai Kumpulan Search bagi menggantikan tempat Zainal sebagai
penyanyi. Apabila Zainal meninggalkan Search, Amy menjadi penyanyi
utama sebelum dia menarik diri dan meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi solo.
Beliau mendirikan rumahtangga yang pertama bersama Faridah, (1983-1985), dan
bercerai kemudian berkahwin pula dengan Noorliza Abdul Latiff, (1990-1994).
Sekali lagi rumahtangga Amy dilanda krisis dan berpisah lalu Amy mengahwini
Roslisa Ahmad, sekali lagi Amy dilanda ujian dalam rumahtangganya membuatkan mereka
berpisah lagi hinggalah berjumpa dengan Norish yang berasal dari Singapura
kekal hingga kini. Hasil perkahwinan Amy beliau telah dikurniakan 4 orang
cahaya mata semuanya iaitu (Nabila Huda (1984), Irisha Myra (1997), Alexander
Zulkarnain (2004) dan Sania Samara.
MENINGGALKAN KUMPULAN SEARCH
Kumpulan
Search juga tidak lari dari mengalami perpecahan. Paling tidak dapat diterima
oleh peminat setia mereka ialah pengunduran Amy sekitar tahun 1996 dari
Kumpulan Search membuatkan ramai peminat mereka kecewa kerana waktu itu
Kumpulan Search sudah bertapak lebih 10 tahun dalam industri muzik tempatan dan
di antara kumpulan rock paling lama bertahan di Malaysia. Amy mengambil
keputusan untuk meninggalkan Kumpulan search lalu menerbitkan album solo yang
keduanya iaitu Camouflage.
Sebelum Amy keluar Search beliau juga pernah merakamkan album solo yang pertama
yang di beri judul Magic.
PENYATUAN SEMULA
PENYATUAN SEMULA
Setelah
beberapa tahun bergerak secara solo timbul pula hasrat Amy bersama Kumpulan
Search untuk membuat penyatuan semula. Ekoran dari kejayaan Amy membuat
penyatuan semula bersama Search maka ramai artis yang dulu berkumpulan membuat
penyatuan semula bersama kumpulan asal mereka seperti Nash] bersama Kumpulan
Lefthanded, Saleem bersama Kumpulan Iklim Awie bersama Kumpulan Wings, Mustaffa Din / Mus bersama Kumpulan May, Joeybersama
Kumpulan Bumiputra Rockers, Mael bersama Kumpulan XPDC dan ramai lagi.
No comments:
Post a Comment